Perkhidmatan Guaman Syarie Berkualiti Tinggi

Visi

Cekap, holistik dan menjalankan Amanah penuh dedikasi serta sentiasa diredhai Allah S.W.T.

Misi

Memberikan perkhidmatan terbaik bagi memudahkan urusan komuniti muslim di Malaysia khusus dalam kes Mahkamah Syariah

Tentang Kami

PENGENALAN FIRMA

Firma Guaman Muizz Abdullah Addin & Associates, telah menceburkan diri dalam bidang praktik undang-undang selama lebih dari 07tahun. Ditubuhkan oleh Peguam Syarie, En. Mu’izzNor Ad-Din Bin Basharuddin.

Pejabat operasi Muizz Abdullah Addin & Associates terletak di 10B-1, Jalan Dinar U3/C, Seksyen U3 Taman Subang Perdana, 40150 Shah Alam, Selangor. Firma ini menawarkan perkhidmatan undang-undang Syariah profesional di pelbagai negeri di Malaysia, termasuk Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, dan Labuan.

Muizz Abdullah Addin & Associates menyediakan perkhidmatan khidmat guaman syarie kes-kes mahkamah syariah dengan fi yang berpatutan untuk membantu masyarakat yang mempunyai masalah yang berkaitan dengan undang-undang syarie di Malaysia.

Firma kami komited untuk memberikan nasihat undang-undang mengenai isu keluarga Islam berdasarkan undang-undang dan Syariah. Bagi prosiding Mahkamah, pihak kami turut membantu tuan/puan menyelesaikan permaslahan Syariah dengan sebaiknya.

Malah Firma guaman kami turut menyediakan ruang perbincangan hal rumahtangga bagi mendapatkan penyelesaian terbaik sebelum memulakan tindakan. Firma kami juga turut menyediakan perkhidmatan Pesuruhjaya Sumpah berdaftar yang mana dikendalikan oleh En. Mu'izz Nor Ad-Din secara walk-in atau temu janji.

Latar Belakang

Peguam Syarie

Mu’izz Nor Ad-Din Bin Basharuddin

Peguam Syarie / Pengurus / Pesuruhjaya Sumpah

Kelulusan :

1) Ijazah Sarjana Muda Syariah dengan Undang-Undang( Kepujian )
    Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor ( KUIS )

2) Diploma Pentadbiran Kehakiman & Guaman Islam ( UiTM)

Pengalaman :

Mula Berkhidmat sebagai Pelatih Dalam Kamar di sebuah Firma Guaman Syariah pada 2017.Telah menerima Tauliah sebagai Peguam Syarie Wilayah Persekutuan pada tahun 2018 sehingga kini.Telah dilantik sebagai Pesuruhjaya Sumpah bermula tahun 2022 sehingga kini.

Kepakaran dalam Undang-undang Syarie Malaysia

Tahun Pengalaman
0
Kadar Kepuasan
0 %
Kes Bejaya
0
Pelangan
0